Program Cakna Pergaulan Anda Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama 2019
MELAKA (10-11 September 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah menganjurkan Program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama 2019.
Program ini juga telah dihadiri oleh 600 orang peserta terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia, pemimpin masyarakat, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan dan orang awam di sekitar negeri Melaka.
Program selama 2 hari 1 malam ini merupakan salah satu aktiviti yang berteraskan konsep “Rahmah” merangkumi aktiviti menyantuni masyarakat sekitar bandaraya negeri Melaka dengan memberi kefahaman berkaitan Undang-Undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Malaysia serta Ceramah Khas berkaitan Ummah Berhemah Negara Rahmah yang disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Surau Ar-Redhuan, Taman Semabok Perdana dengan dihadiri oleh seramai 200 orang ahli jemaah. Di samping itu penganjur juga telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Santun Rahmah kepada pelajar-pelajar di Sekolah Tunas Bakti, Sg. Lereh Melaka.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.