Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Citra Kasih Belia Negeri Sarawak Tahun 2024 “AL-QAWIYYUL AMIN : SINAR KASIH INTERGENERASI”


24 Februari 2024 (Sabtu): Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM melalui Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menganjurkan Program Citra Kasih Belia :"Sinar Kasih Intergenerasi" di Rumah Seri Kenangan Kuching, Sarawak. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak dan ucapan aluan majlis disampaikan oleh Puan Sharifah Ranimah binti Wan Hashim, Pengetua Rumah Seri Kenangan Kuching Sarawak. Turut hadir dalam majlis perasmian terdiri daripada Pengarah IKMAS, Ustaz Hanifuddin bin Roslan, Ustazah Zalina binti Long, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM dan Puan Haslinda binti Supu, Ketua Cawangan Perkhidmatan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak
.
Program ini disertai seramai lebih kurang 130 orang yang terdiri daripada warga Rumah Seri Kenangan Sarawak, pelajar IKMAS, ABIM dan Pertubuhan Hikmah. Program telah dimulai dengan pendaftaran peserta belia, gotong royong, sesi ramah mesra belia bersama penghuni dalam sesi “Dari Mata Turun ke Hati Bersama di Sayangi”, bual santai bertajuk “Hormati Yang Tua, Sayangi Yang Muda” dan diakhiri dengan ucapan perasmian dan gimik tanaman pokok hiasan.

Beberapa objektif yang digariskan program adalah untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dan agensi agama khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui rangkaian kerjasama strategik dengan pihak institusi kerajaan yang lain, mengukuh dan memperkasakan hubungan silaturrahim tidak kira bangsa dan agama di antara masyarakat dengan agensi kerajaan. Selain itu juga, melalui program ini diharap dapat menjadikan belia sebagai modal insan yang berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan, dan memiliki sahsiah yang kukuh melalui pengamalan nilai-nilai Islam.

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 01

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 02

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 03

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 05

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 04

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 06

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 07

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 0

PROGRAM CITRA KASIH BELIA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 09
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357