Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Kompetensi Auditor - Kursus Persediaan Pemeriksaan Rumah Sembelih Luar Negara

Pada 11 Mac hingga 14 Mac 2019 yang lalu, Sekretariat Majlis Halal Malaysia (MHM) JAKIM dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi telah mengadakan Kursus Persediaan Pemeriksaan Rumah Sembelih Luar Negara 2019. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Halal, Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri telah menghadiri kursus ini.

Kursus yang diadakan selama 4 hari tersebut merupakan salah satu kursus di bawah Program Kompetensi Auditor seliaan Sekretariat Majlis Halal Malaysia (MHM), JAKIM yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai baharu mengenai persediaan bagi pemeriksaan loji sembelihan luar Negara sama ada yang baru memohon ataupun dalam proses pembaharuan pengiktirafan dari pihak berautoriti di Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Penceramah yang dijemput merupakan pegawai dan auditor halal kompeten serta berpengalaman daripada Bahagian Pengurusan Halal dan Sektetariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM. Kursus dimulakan dengan perkongsian daripada Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan (Felo ILIM) dalam menyentuh Etika Pegawai Pemeriksa Halal telah memberikan peluang dan pengalaman yang bermakna buat peserta. Kursus ini juga melibatkan penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), iaitu Dr. Mohammad Razli bin Abdul dengan tajuk Peranan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam Kawalan Halal.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

KURSUS SEMBELIH LN 1114032019 UTAMA

KURSUS SEMBELIH LN 1114032019 2

KURSUS SEMBELIH LN 1114032019 3

KURSUS SEMBELIH LN 11142019 4 4

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370