Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Bicara Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Kepenggunaan bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya pada 7 September 2023. Seramai 200 orang peserta telah menghadiri Program ini. Program ini diadakan untuk memberikan penjelasan dan pengukuhan kefahaman terhadap pelaksanaan Maqasid Syariah dalam tadbir urus kepenggunaan serta dapat meningkatkan produktiviti organisasi dengan berasaskan penghayatan nilai-nilai Islam sehingga mampu mencapai tadbir urus terbaik dalam pekerjaan dan perkhidmatan.

Forum yang dianjurkan telah menampilkan YBhg. Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBrs. Tuan Hamzah bin Mahadi, Pengarah Seksyen Harta Intelek, Bahagian Penguatkuasa KPDN dan YBrs. Tuan Atan bin Sapian, Pengarah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara KPDN sebagai Panel dan dikendalikan oleh moderator Ustaz Nabil bin Ahmad, Pengurus Pematuhan Syariah TV Alhijrah.  Program ini juga telah disiar dan dirakamkan di laman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup (KPDN) untuk tontonan secara maya di https://fb.watch/n3uu9OZ5Wp/?mibextid=j8LeHn

Program Libat Urus Maqasid Syariah 1

Program Libat Urus Maqasid Syariah 2

Program Libat Urus Maqasid Syariah 3

Program Libat Urus Maqasid Syariah 4

Program Libat Urus Maqasid Syariah 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357