Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Maghfirah Ramadan 1447H / 2026M

KUALA LUMPUR 17 MAC 2026 / 27 Ramadan 1447H ??????? MAGHFIRAH RAMADAN 1447H / 2026M

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Program Maghfirah Ramadan 1447H / 2026M bersama Komuniti Orang Hidup Dengan AIDS (OHDA) serta klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program ini telah diadakan di ‘Ilaj Home, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Majlis AIDS Malaysia (MAC) serta rakan-rakan strategik yang lain iaitu syarikat Zensho Foods Sdn Bhd dengan jenama restoran makanan berangkai Sukiya.

Antara pengisian program ini ialah Slot Power Talk yang telah disampaikan oleh Ustaz Nabil bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan JAKIM sebelum diteruskan dengan majlis tahlil dan bacaan doa selamat. Program ini turut diserikan dengan majlis iftar, solat berjemaah dari Asar hingga Tarawih serta penyampaian sumbangan JAWI Foodbank, MAC & MAF kepada para peserta.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir ialah wakil ‘Ilaj Home, Pengusaha Rumah Solehah serta wakil daripada AADK Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberi manfaat, meningkatkan kesedaran serta menjadi panduan kepada para peserta dalam membina kehidupan yang lebih baik demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

Program Maghfirah Ramadan 1447H 01

Program Maghfirah Ramadan 1447H 02

Program Maghfirah Ramadan 1447H 03

Program Maghfirah Ramadan 1447H 04

Program Maghfirah Ramadan 1447H 05

Program Maghfirah Ramadan 1447H 06

Program Maghfirah Ramadan 1447H 07

Program Maghfirah Ramadan 1447H 08

Program Maghfirah Ramadan 1447H 09

Program Maghfirah Ramadan 1447H 10


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357