Program Penghayatan Dan Penjelasan Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
5 September 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah menganjurkan Program Penghayatan dan Penjelasan Buku Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Seramai 300 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai kader JAKIM yang ditempatkan di kementerian dan agensi serta pegawai-pegawai dari setiap bahagian JAKIM. Program yang dianjurkan ini telah menampilkan YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai penceramah program.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman terhadap kandungan buku tersebut seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian setiap peserta. Penceramah juga menegaskan bahawa perbezaan pendapat ini adalah merupakan suatu rahmah namun masyarakat hendaklah mengikut panduan dan fatwa yang telah ditetapkan oleh badan berautoriti supaya tidak berlaku perbalahan dan juga ketidakharmonian di kalangan masyarakat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.