Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Sharing Is Caring (SIC) Agihan Bakul Makanan Zon Tengah Negeri Selangor

7 September 2021, Selasa - Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Bakul Makanan diteruskan ke destinasi berikutnya ke Zon Tengah iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Tengah dengan kerjasama YaPEIM kepada golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Selangor.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM kepada SS Dato' Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah JAIS dalam majlis simbolik penyerahan di perkarangan lobi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia.

Program SIC Agihan Bakul Makanan Selangor 1

Program SIC Agihan Bakul Makanan Selangor 2

Program SIC Agihan Bakul Makanan Selangor 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370