Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Terapi Psikopsirtual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat Selangor Di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor

Bangi, 27 Ogos 2024 - Bertempat di Bilik Seminar Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini diteruskan lagi program Psikospiritual Islam Klien AADK daerah Hulu Langat bagi siri yang ke 7 bagi tahun 2024 ini. Program dihadiri seramai 41 orang klien AADK daerah Hulu Langat yang di dalam tempoh pengawasan.

Bagi siri kali ini pihak penganjur KSK JAKIM dan AADK bersetuju untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai topik pengurusan jenazah. Para peserta mengikuti slot teori dan praktikal pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Zakaria yang merupakan pendakwah bebas dan fasilitator di KSKCC JAKIM. Melalui pendedahan topik pengurusan jenazah ini pihak penganjur berharap dapat memberi kesedaran dan keinsafan melalui pendedahan mengenai hakikat kematian. Ucapan penutupan program disempurnakan oleh YBrs. Ustazah Noor Haliza Binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian KSK JAKIM.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Al-Hasanah Bandar baru Bangi yang memberi kerjasama penuh dengan menyediakan fasiliti serta tajaan makan minum kepada para peserta program ini. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat di dalam membantu kepulihan klien AADK di samping menyebarluaskan kepelbagaian fungsi masjid.

Terapi 1

Terapi 2

Terapi 3

Terapi 4

Terapi 5

Terapi 6

Terapi 7

Terapi 8

Terapi 9

Terapi 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 39
  • Yesterday 26
  • This Week 39
  • This Month 339
  • This Year 377