Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Terapi Psikopsirtual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat Selangor Di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

CHERAS, 17 Julai 2024 - Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, AADK Hulu Langat, Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Hulu Langat dan Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini meneruskan penganjuran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat, Selangor siri kelima untuk tahun 2024 ini. Program kali ini mendapat kerjasama penuh daripada Jawatankuasa Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras yang menyediakan tempat kemudahan fasiliti dewan kuliah serta jamuan makan dan minum para peserta. Pada program siri ini dihadiri  seramai 67 orang klien AADK (64 lelaki, 3 perempuan) yang sedang menjalani tempoh pengawasan AADK daerah Hulu Langat khususnya.

Peserta memulakan program dengan solat sunat dhuha berjemaah dituruti dengan terapi zikir, kemudian mengikuti slot yang disampaikan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria yang merupakan pengamal perubatan Islam dan fasilitator KSKCare Centre yang menyampaikan slot Makrifatun Nafs (Kenali Diri) dan diikuti dengan slot kedua pula berkaitan Tahsin & Terapi Ibadah.

Dengan penganjuran program ini, KSK JAKIM berharap dapat membantu para klien supaya dapat mengekalkan kepulihan dengan amalan, kefahaman dan penghayatan menerusi terapi kerohanian yang telah diajarkan seterusnya mengukuhkan pegangan agama dalam kehidupan seharian. Penghargaan juga diberikan kepada Jawatankuasa Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras diatas kerjasama dan kesudian menyediakan kemudahan untuk program ini.

AADK Daerah

AADK Daerah 2

AADK Daerah 3

AADK Daerah 4

AADK Daerah 5

AADK Daerah 6

AADK Daerah 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369