Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat Di Masjid-Masjid Daerah Hulu Langat

HULU LANGAT , 21 OKTOBER 2023 – Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat di Masjid-Masjid diteruskan lagi dalam siri yang ketiga kali ini berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Selangor. Seramai 104 orang peserta dalam kalangan klien AADK daerah hulu langat telah menghadiri program ini.

Program dimulakan dengan aluan daripada pengurus Masjid, Imam Ahmad Luqman bin Ayob yang mengalu alukan kehadiran agensi dan peserta disamping menekankan pihak masjid sentiasa terbuka untuk bekerjasama melaksanakan program dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat ilmu dan bukan semata- mata sebagai tempat untuk beribadah.

Para peserta memulakan program dengan mendirikan solat sunat dhuha secara berjemaah seterusnya mengikuti slot Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh us. Mohd Shukri bin Khamis yang merupakan kaunselor di KSKCareCentre. Peserta kemudiannya mengikuti pula slot Tahsin Thoharoh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustafidurohman bin Mohd Syaroni yang merupakan fasilitator di KSKCareCentre JAKIM. Program kali ini juga melibatkan peserta non Muslim yang menjalani program berasingan dikawasan luar dewan solat masjid.

Diharap usaha berterusan daripada pihak JAKIM dan AADK ini dapat membantu kepulihan Klien AADK khususnya yang menghadiri program ini disamping menyebarluas fungsi dan peranan masjid dalam komuniti.

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 9

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 1

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 2

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 3

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 4

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 5

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 6

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 7

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 8

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Aadk 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370