News
News
Refleksi Rohani ILIM, Kampus Kundasang
Kundasang,5 Disember 2020 - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah satu ruang masa yang wajar dimanfaatkan dengan sesuatu yang kreatif dan inovatif.
Menyedari peluang tersebut, ILIM Kampus Kundasang (IKK) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan intensif dalaman yang dinamakan Refleksi Rohani. Latihan ini melibatkan warga IKK, pekerja-pekerja syarikat kontrak pembersihan dan keselamatan di kampus ini.
Antara objektif latihan ini ialah untuk memberi bimbingan kepada mereka berkaitan amalan-amalan asas yang boleh diamalkan bagi mempertingkat kefahaman dan penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Apa yang menarik, setiap peserta diberi tugasan untuk menghasilkan sendiri kulit muka depan himpunan amalan-amalan tersebut dengan menggunakan aplikasi canva.
Semoga latihan ini mampu memberikan nilai tambah kepada mereka yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar yang harus disantuni oleh IKK dalam usaha mengislamisasi pemikiran masyarakat.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 25
- Yesterday 26
- This Week 25
- This Month 325
- This Year 363