Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Seminar Menangani Liberalisme : Ancaman Terhadap Keselamatan Agama dan Negara

Bangi, 03 Mei 2018 - Liberalisme adalah satu bentuk fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama.

Bagi memberi penjelasan isu ini, Institut Latihan Islam Malaysia menerusi Kluster Ilmu Teras telah menganjurkan Seminar Menangani Liberalisme : Ancaman Terhadap Keselamatan Agama dan Negara bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi.

Seramai lebih 200 peserta telah mengikuti seminar ini terdiri dari penjawat awam, pelajar IPT dan masyarakat awam. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aliran-aliran pemikiran Islam dan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai isu, cabaran dan pengaruh wacana pemikiran Islam terhadap umat Islam.

Seminar ini menampilkan Prof Madya Dr. Khalif Muamar A. Harris, Pensyarah dan Penyelaras Urusan Akademik, Pusat Pengajian Lanjutan, Universiti Teknologi Mara sebagai penceramah dengan tajuk ; Gerakan Pemikiran Libreal : Ancaman Terhadap Akhlak, Akidah dan Syariah. Turut diadakan juga Forum yang membahaskan isu; Ancaman Liberalisme Terhadap Keselamatan Negara oleh Tuan Supt. Shukeria Makhtar dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia dan Ustaz Akhrun Musa, Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Majlis perasmian penutup seminar disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Pengurusan) JAKIM, Tuan Masri Razali.

Diharapkan juga agar seminar ini berupaya mengukuhkan kefahaman peserta mengenai isu-isu semasa pemikiran Islam dan sekaligus dapat mengukuhkan fahaman berkaitan ajaran Islam dan membantu pihak berkuasa menangani liberalisme di Malaysia.

s liberalisme7

s liberalisme1

s liberalisme2

s liberalisme3

s liberalisme4

s liberalisme5

s liberalisme6

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370