Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Seminar Mendepani Cabaran Keibubapaan Peringkat Negeri Perak

Ipoh, Perak (30 Oktober 2018) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Seminar Mendepani Cabaran Keibubapaan : Memahami Dan Membentuk Peribadi Cemerlang Anak Peringkat Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Seminar yang diadakan di Dewan Auditorium Saidina Umar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) itu menyasarkan care providers dan healthcare providers’ iaitu agensi-agensi kerajaan, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, guru-guru sekolah, tadika, taska dan guru-guru kaunseling, tenaga pengajar Rumah Kebajikan, Rumah Anak-anak yatim, Kelab Pengasuh, NGO-NGO dan individu-individu yang lebih dekat dengan golongan anak-anak di negeri Kedah.

Seminar berbentuk roadtour ini ialah bagi memperkenalkan program-program berbentuk kemahiran keibubapaan yang sebenar untuk diterapkan kepada sasaran-sasaran yang dekat dengan anak-anak dan remaja. Objektif seminar ini adalah:

1. Mengemukakan kepentingan pandangan alam (worldview) berasaskan agama serta memahami aspek-aspek penting tentang psikologi manusia dalam membentuk keperibadian cemerlang;
2. Meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan posisi mereka sebagai seorang pembimbing dan melihat para remaja sebagai individu yang mampu digilap potensinya;
3. Membekalkan para peserta dengan tips aplikasi dan metodologi yang berkesan khususnya di kalangan remaja agar dapat berinteraksi dengan mereka secara berkesan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Asmuni Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri. Turut hadir bersama ialah YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Datuk YBhg. Mohd Yusop Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff. Seramai 350 orang peserta yang telah menghadiri seminar tersebut terdiri dari kalangan sasaran.
 
Seminar Mendepani Cabaran Keibubapaan Perak 1
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364