Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Seminar Wanita Cakna Isu Semasa

Pada 04 Mei 2017 telah berlangsung Seminar Wanita Cakna Isu Semasa di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Tema yang diangkat pada seminar kali ini adalah "Sinergi Wanita Islam Masa Kini".

 

Program ini diadakan bertujuan

  • memberi pengetahuan dan maklumat yang benar kepada golongan wanita supaya cakna terhadap isu-isu semasa dan kedudukan wanita islam berlandaskan syariat islam yang sahih berdasarkan aliran ahli sunnah a al-Jamaah.

  • Perkongsian ilmiah yang bersifat intelektual bagi membangun nur sakinah  dalam pembentukan keperibadian wanita islam sejati;

  • Melahirkan golongan wanita yang cakna dengan isu-isu semasa berkaitan wanita islam khususnya di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa; dan

  • Mewujudkan jaringan hubungan antara ahli PISWI dengan masyarakat umum dalam usaha memastikan penyampaian dakwah di semua peringkat masyarakat.

  • Untuk menjelaskan kekeliruan isu semasa di kalangan wanita islam

 

Seminar pada kali ini telah dihadiri oleh hampir 600 orang peserta yang terdiri daripada ahli PISWI, pengurusan tertinggi wanita dari kementerian / jabatan kerajaan Malaysia, pensyarah institusi pengajian awam, mahasiswa  dan mahasiswi universiti awam, ahli PUSPANITA, pertubuhan bukan kerajaan wanita dan lain-lain persatuan wanita islam.

 

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim yang baharu iaitu YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar. Turut hadir ketika majlis perasmian YBhg Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan YBhg. Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jakim.

Antara pembentang-pembentang yang menjayakan seminar adalah seperti berikut :

 

Tajuk : Wanita Islam dan Cabaran Kepimpinan.

Oleh : YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin,

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tajuk : Ancaman Liberalisme dan Feminisme Dalam Pensyariatan Wanita Islam

Oleh ; YBhg. Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Akademik)

Universiti Sains Islam Malaysia

Tajuk : Impak Media Massa Kpeada Wanita Islam

Oleh : YBhg. Tuan Haji Izelan bin Basar

Ketua Pegawai Eksekutif

TV Al-Hijrah

 

            Penyampaian yang santai dan bersahaja dari semua pembentang membuatkan peserta seminar lebih selesa untuk tampil bertanyakan soalan. Seminar berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua pembentang dan moderator.

IMG 20170504 WA0033

 

IMG 20170504 WA0007

 

IMG 20170504 WA0008

 

IMG 20170504 WA0010

 

IMG 20170504 WA0032

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370