News
News
Seminar Yakini Halal dan Kursus Asas Industri Halal 2018 (Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur)
Kuala Lumpur - 9 & 10 Muharram 1440H (19 & 20 September 2018), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur) telah menganjurkan Seminar Yakini Halal dan Kursus Asas Industri Halal 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.
Seminar yang dihadiri oleh seramai 150 orang terdiri daripada pelajar, wakil industri dan orang awam ini telah dirasmikan oleh Prof Dr. Hidayatulfathi binti Othman, Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur).
Matlamat utama program kolaborasi di antara Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri (KPKI), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang ramai tentang konsep serta kepentingan halal dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang Sistem Pensijilan Halal Malaysia terutama tentang kaedah permohonan serta pematuhannya kepada individu yang terlibat dalam Industri Halal.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakankannya. Semoga usaha meningkatkan kesedaran halalan toyyiban kepada masyarakat khususnya peserta seminar ini tercapai berdasarkan objektif yang disasarkan.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370