Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Sesi Libat Urus Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bersama Bahagian Pendidikan JAKIM

Satu sesi libat urus di antara Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersama Bahagian Pendidikan JAKIM telah diadakan di bilik Mesyuarat Bunga Raya, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 6 Januari 2022. Sesi ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hassany bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan penyelarasan pelaksanaan KAFA di seluruh negeri Kelantan. Delegasi pegawai JAKIM yang menghadiri sesi ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan, Jakim, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, pegawai kanan dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) setiap daerah negeri Kelantan dan pegawai Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

Antara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan membincangkan isu pembukaan KAFA, pengoperasian KAFA, penubuhan jawatankuasa KAFA negeri, daerah, sekolah dan peruntukan KAFA ke sekolah dan guru seluruh negeri Kelantan.

Libat Urus Jabatan Pendidikan Kelantan Bersama Bahagian Pendidikan JAKIM 1

Libat Urus Jabatan Pendidikan Kelantan Bersama Bahagian Pendidikan JAKIM 2

Libat Urus Jabatan Pendidikan Kelantan Bersama Bahagian Pendidikan JAKIM 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357