Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Sesi Percambahan Minda: Penggubalan Draf Model Garis Panduan Waran Geledah Seragam

Putrajaya, 25 Julai 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengurusetiakan Mesyuarat Pra Pengubalan Draf Garis Panduan Waran Geledah di Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea dalam usaha membangunkan draf model garis panduan waran geledah itu telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS. Turut menjayakan Mesyuarat tersebut ialah Tuan Ahmad Bashir bin Yaakub, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan, Tuan Mohd Ridzwan Ghazali, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Puan Neney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Supt. Akmal bin Yahaya, Ketua Bahagian Pendakwaan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri-Negeri, Pegawai Pendakwa Syariah Negeri-Negeri, Pegawai, Bahagian Undang-Undang, JAKIM dan pegawai BPPPS, JAKIM.

Kerangka awal Draf Garis Panduan telah dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, BPPPS (Cawangan Penguatkuasaan), Puan Nafizah binti Md. Fauzi dan telah mendapat maklum balas yang positif daripada semua ahli mesyuarat. Draf penuh Garis Panduan Waran Geledah akan disediakan berdasarkan pandangan yang telah diperoleh dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Draf Garis Panduan Waran Geledah.


1 1

2 1

3 1

4 1

 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357