Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Dan Perbincangan Pelaksanaan Kursus Di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

KOTA BHARU, 29 MAC 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti telah dijemput untuk menyampaikan taklimat pengenalan Modul Pascaperkahwinan Islam dan perbincangan bagi pelaksanaan kursus pascaperkahwinan Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Delegasi JAKIM hadir diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti serta pegawai telah disambut mesra oleh Dr. Hasnan Bin Hj Ramli, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan serta pegawai-pegawai JAHEAIK. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pn. Azian Bt Said, Pengerusi BAKAT 16 RAMD, Kem Sabak dan ahli BAKAT yang lain.

Kunjungan dan sesi taklimat ini menjadi platform kepada JAKIM untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan di samping menyebarluaskan perkhidmatan dan modul yang telah dibangunkan oleh JAKIM supaya ia boleh dilaksanakan secara meluas dan konsisten oleh Jabatan Agama Islam Negeri dengan jayanya.

Moga dengan jalinan kerjasama erat melalui pelaksanaan program berdasarkan Modul ini dapat memberi manfaat dan membantu masyarakat mendapatkan ilmu kekeluargaan seterusnya membantu mewujudkan keluarga yang diredhai Allah.

#Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan#.

Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik3

Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik2

Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik4
Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik6
Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik
Sesi Taklimat Modul Pascaperkahwinan Islam Di jaheaik1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357