Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Sinergi JAKIM Dan Sektor Korporat Diperkasa, Perkukuh Ekosistem Dakwah Negara

PUTRAJAYA, 11 Februari 2026 – Kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sektor korporat terus diperkukuh sebagai langkah bersepadu memperkasa ekosistem dakwah negara yang lebih inklusif, tersusun dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Perkara tersebut dibincangkan dalam Sesi Libat Urus YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM, yang diadakan bersekali dengan Mesyuarat SDK JAKIM Kali Ke-26 Tahun 2026. Sesi libat urus berkenaan dihadiri oleh Dr. Zulkifli Hasan, manakala mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Dalam sesi tersebut, YB Menteri menegaskan keperluan memperkukuh sinergi antara institusi agama dan sektor korporat dalam mendepani cabaran semasa, khususnya dalam era digital. Pendekatan dakwah yang berhikmah, relevan dan berteraskan nilai ihsan perlu digerakkan secara kolektif bagi memastikan mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah pemantapan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berteraskan dakwah, pengukuhan naratif akidah dan kefahaman Islam, serta usaha memperkasakan institusi keluarga sebagai asas kesejahteraan ummah. Pendekatan dakwah melalui tindakan kemanusiaan turut ditekankan sebagai medium yang mampu menyantuni masyarakat secara lebih menyeluruh.

SDK JAKIM terus berperanan sebagai platform signifikan dalam menyelaras kepakaran, sumber dan jaringan strategik sektor korporat untuk digembleng bersama dalam memperluas capaian dakwah secara berkesan dan mampan, sekali gus menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.28

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.28 1

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.29

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.29 1

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.29 2

WhatsApp Image 2026 02 12 at 15.12.30
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382