Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

UPSI Bentang Laporan Kursus PDP

6 Januari 2023 - Darul Quran pada hari ini telah menerima lawatan kerja dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan pembentangan Laporan Peserta Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pensyarah DQ serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) bagi Tahun 2022. Bermula pada tahun 2015, pihak Darul Quran telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Pusat Pembangunan Akademik, UPSI bagi menjalankan Kursus Persijilan Pengajaran dan Pembelajaran bagi para pensyarah DQ dan LTDQ.

UPSI telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim, Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Dr. Suhazlan bin Suhaimi, Timbalan Pengarah PPA, Dr. Yuhanis binti Mhd Bakri, Penyelaras PPA, Cik Shariza Haryati binti Zabri, Penolong Pendaftar Kanan PPA, En. Syed Nurshairazi bin Syed Ramli, Pembantu Tadbir PPA dan Encik Asrul Effendy bin Adam Sukarno, Pembantu Tadbir PPA.

Perbincangan tersebut diakhiri dengan ucapan terima kasih Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim kepada pihak UPSI atas kerjasama yang telah diberikan dalam melaksanakan kursus PdP kepada pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran.

UPSI BENTANG LAPORAN KURSUS PDP

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=690

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370