News
News
USIM dan Darul Quran Teruskan Kerjasama
15 Oktober 2015 | USIM, Nilai – JAKIM hari ini telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membolehkan kedua-dua pihak meneruskan kerjasama bagi melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunah Dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM ) di Darul Quran. Majlis menandatangani memorandum perjanjian yang diadakan di USIM, Nilai itu telah disaksikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Hj. Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Pada majlis tersebut, Jakim telah diwakili Ketua Pengarahnya, Dato’ Hj. Othman Bin Mustapha dan Pengarah Darul Quran, Dr. Hj. Nordin Bin Ahmad. USIM pula diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Musa Bin Ahmad dan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Prof. Madya Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff.
Terdahulu dalam ucapannya, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Hj. Dusuki mengucapkan tahniah kepada USIM dan JAKIM kerana meneruskan program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Beliau berharap agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi melahirkan huffaz yang cemerlang dalam pelbagai bidang keilmuan.
Untuk makluman, MoA pada kali ini dimeterai buat kali kedua selepas ditandatangani buat kali pertama pada tahun 2010. Idea untuk melaksanakan program ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Program ini telah dilaksanakan pada Julai 2009 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dilaksanakan selama 5 tahun mulai 2009-2014. Bagi peringkat permulaan, program ini telah ditawarkan kepada 32 orang pelajar bagi kumpulan yang pertama dan ditempatkan di kampus Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sehingga kini program ini telah melahirkan 129 graduan.






Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370