Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Wacana APTQ Ketengah Isu Penerbitan Dan Impak Salah Tafsir Al-Quran

20 Oktober 2023 - Darul Quran dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor telah menganjurkan Wacana Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986. Wacana yang diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor ini telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Faisal bin Arshad, Penolong Pegawai Peguatkuasa, Bahagian Kawalan dan Percetakan, KDN Selangor. 

Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim turut meluangkan masa hadir seterusnya menyempurnakan program. Dalam ucapannya, Tuan Pengarah mengalu-alukan penganjuran wacana ini melibatkan pensyarah serta pelajar Darul Quran kerana mengetengahkan isu penerbitan dan impak salah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran. Di samping penganjuran wacana, pihak KDN Selangor turut mengadakan program Jom Exchange Quran (JEQ) yang mana peserta boleh menukar naskhah al-Quran lama yang tiada cop pengesahan KDN kepada mashaf al-Quran baharu.

Wacana ini telah memberikan maklumat penting dan berguna kepada warga Darul Quran memandangkan skop tugas institusi ini sangat berkait rapat dengan mashaf al-Quran.

WACANA APTQ 5

WACANA APTQ 1

WACANA APTQ 2

WACANA APTQ 3

WACANA APTQ 4

WACANA APTQ 6

WACANA APTQ 7

WACANA APTQ 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357