Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Warga DQ Lafaz 'Ikrar Bebas Rasuah' Dalam Sesi Taklimat ABMS

27 Januari 2023 - Darul Quran merupakan sebuah institusi pengajian yang telah sekian lama melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 iaitu sejak tahun 2008 lagi. Bagi memantapkan lagi sistem pengurusan pentadbiran kewangan dan akademik, Darul Quran akan menaik taraf di samping mengintegrasikan sistem kualiti sedia ada dengan sistem kualiti baharu iaitu Educational Organisations Management (EOMS) 21001:2018 serta Anti Bribery Management System (ABMS) 37001:2016.

Perkara tersebut telah dimaklumkan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Darul Quran dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta Taklimat ABMS oleh SPRM Negeri Selangor pada pagi tadi. Majlis kali ini turut dihadiri oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato' Haji Alias bin Salim sebagai saksi utama kepada Ikrar Bebas Rasuah yang dibacakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Seusai sesi tersebut, Pengarah Darul Quran juga turut menandatangani perakuan ikrar anti rasuah.

Semoga dengan pelaksanaan sistem kualiti baharu tersebut akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan tahfiz di negara ini.

Warga DQ Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357