News
News
Warga ILIM Dekati Masyarakat Setempat
Bangi, 25 November 2018 - Bagi mendekatkan dan merapatkan lagi hubungan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bersama masyarakat di daerah Dengkil Selangor, Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) mengambil inisiatif menganjurkan program Khidmat Masyarakat ILIM 2018 pada 25 November 2018 betempat di Masjid Jamiatus Solehah, Pekan Dengkil Selangor.
Program ini bermatlamat untuk membina jaringan komunikasi dan hubungan antara warga ILIM dan masyarakat umum, juga sebagai medan untuk ahli KKWI memberikan khidmat sosial kepada masyarakat di samping menjalankan aktiviti dakwah dengan menyumbangkan pengetahuan serta kemahiran.
Antara aktiviti pengisian program ini adalah Klinik al-Fatihah yang dibimbing oleh tenaga pengajar dari ILIM, Encik Zaidi Edward dan Encik Aimaduddin Kamaludin. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti Program Sunathon, pemeriksaan kesihatan dan Life Support Teaching oleh para pelajar perubatan dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Aktiviti mewarna turut diadakan bagi menyantuni anak-anak yang terlibat di dalam program Sunathon.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi warga KKWI dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan komuniti yang ramai supaya dapat melahirkan pemimpin intelektual tertinggi serta daya saing yang unggul dalam berbagai bidang.






Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370