Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (HEA) Santuni Mangsa Banjir Di Pahang

Pahang, 30 Disember 2023- YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HEA) bersama agensi-agensi di bawah beliau telah turun padang menyantuni mangsa banjir di dua daerah iaitu di Daerah Jerantut dan Daerah Raub.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg Datin Paduka Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM bersama YBrs Tn Hj Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan juga Ketua Agensi Di Bawah YB Menteri HEA.

Program santuni mangsa banjir di Jerantut telah diadakan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Bilangan mangsa yang terlibat dalam bencana banjir adalah seramai 29 keluarga.

Selepas itu program santuni mangsa banjir telah diteruskan di Daerah Raub pula iaitu di Dewan Terbuka Pekan Sehari Dong, Raub. Bilangan mangsa yg terjejas banjir di daerah ini adalah seramai 127 keluarga.

Bentuk sumbangan yang dihulurkan adalah  berupa kit solat, hygiene kit, dry food dan selimut toto sumbangan agensi-agensi seperti Tabung Haji, YaPEIM, YADIM dan Yayasan Taqwa dengan nilai berjumlah RM58,340.00. Manakala JAWI pula menyediakan kemudahan logistik untuk pengangkutan barangan daripada Jakim.

Semua mangsa yang ditemui melahirkan syukur dan terima kasih kepada YB Menteri HEA dan rombongan di atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini.

Santuni Mangsa Banjir Di Pahang 1

Santuni Mangsa Banjir Di Pahang 2

Santuni Mangsa Banjir Di Pahang 3

Santuni Mangsa Banjir Di Pahang 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357