Koleksi Penerbitan JAKIM
e-Penerbitan JAKIM adalah suatu kemudahan mengandungi koleksi bahan-bahan penerbitan bertulis JAKIM yang disediakan secara dalam-talian (on-line) untuk faedah umum, selaras dengan perkembangan teknologi. Melalui kemudahan ini orang awam boleh membaca bahan-bahan terbitan JAKIM pada bila-bila masa, di mana saja melalui capaian internet, dengan kemudahan carian, muat turun dan cetakan oleh pembaca jika diperlukan
e-Penerbitan juga adalah sebahagian dari kemudahan MyAIM (Malaysian Authoritative Islamic Media). MyAIM merupakan usaha JAKIM untuk menyediakan maklumat dan panduan tentang Islam dalam pelbagai media; media audio/video dan media cetak melalui internet.
Ini juga selaras dengan usaha-usaha kerajaan (contohnya inisitiaf IKON) untuk menyediakan sebanyak mungkin kandungan tempatan yang berkualiti dari segala aspek, sebagai persediaan untuk mengimbangi kandungan luar yang negatif susulan dari penyediaan jalur lebar (broadband) ke seluruh negara.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356