TIMBALAN KETUA PENGARAH
(OPERASI)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan segala yang berkaitan dengan operasi jabatan seperti berikut:
Tanggungjawab dan Fungsi
Peranan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dalam pengurusan dan penyelarasan Sektor Operasi JAKIM
Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan fungsi-fungsi pembangunan insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif yang digariskan oleh bahagian-bahagian di bawah kawalan;
Memastikan pengurusan kewangan bahagian-bahagian di bawah kawalan dilaksanakan dengan baik dan berkesan;
Membantu Ketua Pengarah dalam pelaksanaan penyelarasan fungsi-fungsi pembangunan insan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
Mewakili kerajaan dalam forum-forum atau mesyuarat di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal Islam;
Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan di peringkat Sektor Operasi;
Membantu Ketua Pengarah dalam perancangan Human Resource di JAKIM;
Memantau pelaksanaan program Sektor Operasi.
Sektor Operasi JAKIM
Pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab ini menyokong kelancaran pengurusan serta operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
