Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai “agensi pusat” yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam.
Ia dilaksanakan melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah dan pembangunan insan, penyelidikan dan pembangunan, perundangan Islam, akidah dan aliran pemikiran, pengurusan halal, pengurusan siasah syariah, kewangan dan ekonomi serta tarbiyyah dan tadribiyyah Islamiah.
Janji Perkhidmatan JAKIM
Komitmen JAKIM dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
Draf Undang-Undang Syariah
Menyediakan draf undang-undang syariah selepas semua dasar diputuskan.
⏱ Tempoh: Tidak melebihi 12 bulanHasil Penyelidikan
Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak, muamalat, al-Quran dan al-Hadis bagi mendapatkan pandangan hukum serta menyelesaikan masalah masyarakat.
⏱ 6 hingga 12 bulanJemputan & Khidmat Pakar
Memberi maklum balas terhadap jemputan penceramah, pembentangan kertas kerja, forum serta khidmat pakar perundingan.
⏱ 7 hari bekerjaForum Perdana Ehwal Islam
Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam secara berkala melalui saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
⏱ Seminggu sekaliPensijilan Halal Malaysia
Menyelesaikan proses permohonan pensijilan halal Malaysia bagi permohonan domestik selepas pembayaran fi pensijilan diterima.
⏱ 30 hari bekerjaSistem Pengurusan Perkahwinan Islam
Memberi maklum balas kepada pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan cepat dan tepat.
⏱ 1 hari / 3 hari bekerjaPengurusan Aduan
Memastikan semua aduan yang bermaklumat lengkap diurustadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklum balas dikeluarkan.
⏱ 14 hari bekerjaKaunter Perkhidmatan Pelanggan
Memastikan urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan utama memenuhi kehendak pelanggan.
⏱ 5 minitPortal JAKIM
Memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi dengan tahap ketersediaan yang tinggi bagi memastikan akses berterusan kepada pengguna.
⏱ Kadar operasi: 99.5% setahun
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 13
- Yesterday 26
- This Week 13
- This Month 313
- This Year 351