Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Fungsi JAKIM

Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), JAKIM melaksanakan tiga fungsi utama dalam memperkukuh pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan ummah.

☪

Tiga Fungsi Utama JAKIM

Peranan strategik dalam pengurusan hal ehwal Islam

1

Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak

2

Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

3

Penyelarasan Pentadbiran Islam

Fungsi dan Tanggungjawab JAKIM

Peranan JAKIM sebagai agensi pusat dalam perancangan, pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan ummah

  1. Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini.
  2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam.
  3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam.
  4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara.
  5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara.
  6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini.
  7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam.
  8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
JAKIM sebagai pusat rujukan, penyelarasan dan pembangunan Hal Ehwal Islam serta pemerkasaan ummah.
Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 13
  • Yesterday 26
  • This Week 13
  • This Month 313
  • This Year 351