Pengurusan Tertinggi JAKIM
KETUA PEGAWAI DIGITAL
(CDO)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hala tuju strategik ICT dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan Jabatan.
Peranan utama dalam menerajui perancangan strategik ICT, pengukuhan dasar dan standard, pembudayaan ICT serta inovasi aplikasi, infrastruktur dan keselamatan ICT bagi menyokong penyampaian perkhidmatan Jabatan.
✦
✦
Tanggungjawab dan Fungsi
Empat fokus utama peneraju ICT Jabatan
1
Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional
- Memacu Perancangan Strategik ICT Jabatan; dan
- Mengukuh tadbir urus ICT Jabatan.
2
Peneraju dalam Pengukuhan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global
- Memacu pemakaian (adoption) Enterprise Architecture (EA) dalam Jabatan;
- Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik; dan
- Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.
3
Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Jabatan
- Memacu hala tuju penjajaran program ICT Jabatan.
4
Peneraju Inovasi melalui Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT
- Mengenal pasti perkhidmatan generasi baru (new generation services); dan
- Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan cross-agency.
