TIMBALAN KETUA PENGARAH
(PENGURUSAN)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan segala yang berkaitan dengan operasi jabatan seperti berikut:
Tanggungjawab dan Fungsi
Merangka hala tuju dan dasar kemajuan hal ehwal Islam yang progresif di peringkat persekutuan dan antarabangsa;
Bertanggungjawab dalam menyelaras penyediaan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan JAKIM dan melaksanakan sistem kawalan perbelanjaan yang berkesan;
Merancang program pembangunan tenaga manusia Jakim dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri yang menyertai Skim Perkhidmatan Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam;
Bertanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Maklumat Jakim bagi merancang strategi dan melaksanakan aktiviti IT untuk JAKIM.
Sektor Pengurusan JAKIM
Pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab ini menyokong kelancaran pengurusan serta operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
