Pelan Strategik Jakim 2009 - 2014
Pelan Strategik JAKIM 2009-2014
Jakim adalah salah sebuah agensi agama Persekutuan yang utama dalam sektor awam. Semenjak penubuhannya pada tahun 1968, Jakim telah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pembangunan hal ehwal Islam serta membina kekuatan rohaniah masyarakat yang progresif.
Dokumen Pelan Strategik Jakim 2009-2014 ini diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan rangka kerja Jakim bagi tempoh lima tahun. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Pelbagai agenda kritikal telah ditentukan untuk diberi tumpuan sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Pelan Strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga Jakim bagi merancang dan melaksanakan program-program berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga adalah sebagai rujukan kepada pelanggan-pelanggan Jakim yang terdiri daripada agensi-agensi dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.
Pelan strategik ini menjadi acuan kepada operasi jakim bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai umat terbilang (khaira ummah). Matlamat ini diharap akan tercapai dengan jayanya, Insya-Allah.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 13
- Yesterday 26
- This Week 13
- This Month 313
- This Year 351