Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sejarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SEJARAH RINGKAS JAKIM

1968 – 2003

Sejarah perkembangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bermula dengan penubuhan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), sebelum melalui beberapa perubahan struktur dan nama sehingga tertubuhnya JAKIM pada tahun 1997.

☪

Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

1968 – 1973

Sejajar dengan penubuhan MKI, sebuah urusetia dibentuk di Jabatan Perdana Menteri. Urusetia tersebut dikenali sebagai JAKIM sekarang, setelah melalui beberapa perubahan nama.

1
Dari segi sejarah, Urusetia MKI memulakan tugasnya pada tahun 1970. Dalam tempoh 1970 hingga 1980, lebih 20 kali Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah diadakan, di mana sebanyak 200 isu dasar berkaitan agama Islam telah pun dibincang.
2
Antara perkara terawal yang telah diputuskan oleh MKI ialah penubuhan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), penubuhan Pusat Penyelidikan Islam (PPI), penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI), penubuhan Sekolah Menengah Agama Sarawak, penubuhan Ma'ahad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat dan penubuhan Lembaga Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).
3
Melihat kepada perkembangan agama Islam di Malaysia yang semakin pesat, maka urusan pentadbirannya memerlukan bangunan yang lengkap dan lebih teratur. Pada tahun 1970, Bangunan Pusat Islam yang terletak di Jalan Lembah telah didirikan. Perletakan batu asasnya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
✦

Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)

Jabatan Perdana Menteri · 1984 – 1996

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Mei 1985. Mulai tahun ini, semua cawangan Bahagian Agama ditempatkan dalam sebuah bangunan yang dikenali sebagai Kompleks Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Kompleks ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 2.43 hektar berhampiran Masjid Negara dengan perbelanjaan sebanyak RM58 juta. Kompleks tersebut mengandungi bangunan menara sebelas tingkat yang menempatkan pejabat-pejabat dan bilik-bilik kuliah.

Kompleks ini juga mengandungi sebuah auditorium yang boleh memuatkan seramai 1,500 orang, sebuah bangunan tiga tingkat untuk Perpustakaan Awam Islam, Balai Pameran Islam dan Ma'ahad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat.

◆

Fungsi BAHEIS

Pentadbiran Hal Ehwal Islam

Bidang Tugas BAHEIS

Fungsi BAHEIS adalah untuk melaksanakan salah satu program di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Pentadbiran Hal Ehwal Islam.

  1. Merancang dan menyelaraskan:
    Usaha-usaha untuk memperbaiki dan menyeragamkan undang-undang dan pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal Islam, hukum syarak dan pelajaran agama Islam di seluruh negara.

    i) Kegiatan-kegiatan Islam bagi maksud untuk memastikan dasar dan rancangan pembangunan negara berjalan dengan lancar

    ii) Program dan aktiviti bagi pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam pentadbiran

    iii) Program dan aktiviti keislaman dalam Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun

    iv) Usaha-usaha untuk memberi sumbangan ke arah mempertingkat dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam dan umatnya di Malaysia

    v) Usaha untuk mengawal dan memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam

    vi) Usaha untuk menyelesaikan masalah ummah yang berkaitan dengan isu-isu semasa.
  2. Menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dijalankan oleh agensi Kerajaan dan swasta bagi memastikan tidak berlaku pertentangan antara kepentingan negara dengan kepentingan Islam.
  3. Merancang aktiviti-aktiviti untuk membantu Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-negeri dalam bidang dakwah Islamiah.
  4. Membantu dalam usaha-usaha untuk wujud dan meningkatkan kerjasama antara negara Malaysia dengan negara-negara luar dan badan-badan antarabangsa dalam bidang dakwah Islamiyah dan pembangunan keilmuan Islam.
OBJEKTIF BAHEIS

"Untuk menentukan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ummah dan perkembangan agama Islam di negara ini dilaksanakan secara bersepadu berdasarkan perancangan dan penyelarasan yang berkesan."

❞
✦

14 Cawangan BAHEIS

Struktur organisasi bagi menjalankan aktiviti-aktivitinya

1

Cawangan Urusetia Satu

2

Cawangan Urusetia Dua

3

Cawangan Pusat Penyelidikan Islam

4

Cawangan Institut Dakwah dan Latihan Islam

5

Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

6

Cawangan Pentadbiran

7

Cawangan Kewangan dan Pembangunan

8

Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran

9

Masjid Negara

10

Cawangan Penerbitan

11

Cawangan Dakwah Khas Orang Asli

12

Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sabah

13

Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sarawak

14

Cawangan Sistem Maklumat Islam

★

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

1997 – 2003

Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, BAHEIS telah disusun semula. Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JKI) kali ke-24 pada 24 Jun 1995 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Petugas Menyusun Semula Fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan diberi tanggungjawab untuk meneliti cadangan penyusunan semula fungsi dan organisasi BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri.

1 Januari 1997

BAHEIS telah dinaikkan taraf menjadi JAKIM, Jabatan Perdana Menteri. Pada awal penubuhannya JAKIM mempunyai 14 bahagian.

◆

19 Bahagian JAKIM

Struktur JAKIM selepas dinaik taraf pada tahun 1997

1

Bahagian Penyelidikan

2

Bahagian Dakwah

3

Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa

4

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

5

Bahagian Penerbitan

6

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam

7

Darul Quran

8

Bahagian Latihan

9

Institut Latihan Islam Malaysia

10

Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid

11

Bahagian Pembangunan Media Elektronik dan Penyiaran

12

Bahagian Informasi Islam

13

Bahagian Penasihat Undang-Undang

14

JAKIM Cawangan Sarawak

15

JAKIM Cawangan Sabah

16

Cawangan Audit Dalam

17

Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang

18

Bahagian Penyelarasan Baitulmal

19

Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Orang Islam

✦

JAKIM Kini

JAKIM diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan. Pada masa ini JAKIM beroperasi di Kompleks Islam Putrajaya

Berkuatkuasa 1 Disember 2016, JAKIM telah mula beroperasi di bangunan baharunya di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Presint 3, Putrajaya.
Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 13
  • Yesterday 26
  • This Week 13
  • This Month 313
  • This Year 351