Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Ketua Pengarah (KP)

Portal Rasmi JAKIM

SELAMAT DATANG KE
PORTAL RASMI JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

1

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan maklumat berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

2

Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kerana sudi mengunjungi Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3

Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat yang semakin dinamik, Portal JAKIM Baharu 2026 diperkenalkan dengan penampilan yang lebih moden, kemas, responsif dan mesra pengguna. Portal ini dibangunkan bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat, perkhidmatan, hebahan serta bahan rujukan berkaitan pengurusan hal ehwal Islam secara lebih pantas, mudah dan berkesan.

4

Transformasi portal ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JAKIM untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam berteraskan pendigitalan, keterangkuman dan pengalaman pengguna yang lebih baik. Kami berharap portal ini dapat menjadi salah satu saluran utama yang menghubungkan JAKIM dengan masyarakat serta memenuhi keperluan maklumat dan perkhidmatan semasa.

5

Kami amat mengalu-alukan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada para pengguna. Setiap pandangan yang diberikan amat bernilai dalam membantu kami menambah baik kandungan, fungsi dan penyampaian perkhidmatan digital JAKIM dari semasa ke semasa.

6

Semoga Portal JAKIM Baharu 2026 ini dapat memberikan pengalaman yang lebih mudah, pantas dan bermakna kepada seluruh masyarakat dalam mendapatkan informasi serta perkhidmatan yang disediakan oleh JAKIM.

✦

Selamat melayari Portal Rasmi JAKIM.

Sekian, terima kasih.

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Facebook Ketua Pengarah JAKIM

Image
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 13
  • Yesterday 26
  • This Week 13
  • This Month 313
  • This Year 351