Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

7th Intellectual Dakwah Discourse for International Students

Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Institut Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Siswazah UKM telah mengadakan 7th Intellectual Dakwah Discourse for International Students 2017 bertemakan "Best Management Practices Through Maqasid Syariah In Malaysia” pada 18 Mei 2017 di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Program ini antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada siswazah antarabangsa tentang perlaksanaan dan dasar-dasar Islam di Malaysia.

Program ini juga menampilkan tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang sebagai pembentang kertas kerja seperti Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pengerusi Awqaf Holdings Berhad, Puan Anis Zuhani Ahmad dari Tabung Haji dan Dr. Mohd Zaidi Ismail dari Institut Kefahaman Malaysia (IKIM). Seramai 260 orang pelajar antarabangsa telah hadir dari pelbagai institut pengajian tinggi tempatan.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
dakwah intellectual2017 3
 
dakwah intellectual2017 4
 
dakwah intellectual2017 2
 
dakwah intellectual2017 11
 
dakwah intellectual2017 9
 
dakwah intellectual2017 5
 
dakwah intellectual2017 1
 
dakwah intellectual2017 7
 
dakwah intellectual2017 10
 
dakwah intellectual2017 8
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354