Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini

10 Julai 2024 - Mesyuarat Lembaga Darul Quran JAKIM Bil. 41 telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff merangkap Pengerusi Lembaga Darul Quran.

Mesyuarat kali ini membincangkan tujuh kertas cadangan dan empat kertas makluman. Antara topik yang dibincangkan adalah memperluaskan jaringan kerjasama strategik dalam memperkasakan sistem pendidikan tahfiz al-Quran antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk mendapatkan pengesahan senarai bergraduat dan pencalonan Anugerah Kecemerlangan Darul Quran yang akan diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM ke-32 pada 14 Julai 2024.

Antara ahli yang hadir dalam mesyuarat kali ini ialah Tan Sri Othman bin Mustapha, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Tuan Haji Ruslan bin Said, Prof. Dr. Ahmad Faris bin Ismail, Prof. Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat dan Prof. Dr. Ahmad Sunawari bin Long. Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim pula bertindak selaku Setiausaha.

Datin Paduka Hajah Hakimah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga atas sumbangan idea serta pandangan yang baik demi memastikan kelangsungan institusi tahfiz, seterusnya memartabatkan Darul Quran JAKIM sebagai pusat kecemerlangan tahfiz al-Quran di Malaysia.


Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini 01

Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini 04

Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini 02

Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini 05

Ahli Lembaga Darul Quran bersidang hari ini 03





Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 45
  • Yesterday 26
  • This Week 45
  • This Month 345
  • This Year 383