Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

ANA MUSLIM, JAKIM Rintis Laluan Kerjasama Strategik

18 April 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Maqasid Syariah telah menerima kunjungan daripada Ana Muslim Sdn.Bhd. yang diketuai oleh YBrs. En Othman Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Ana Muslim Sdn. Bhd. bersama tiga orang pegawai dalam rangka perbincangan ke arah kerjasama strategik bersama JAKIM.

Kunjungan ini disambut oleh Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam mewakili Ketua Pengarah JAKIM, YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan dan disertai oleh Puan Zuraini binti Yahaya, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM dan beberapa orang pegawai kanan.

Program kerjasama strategik yang dibincangkan ini adalah satu usaha ke arah membuka ruang kepada sinergi baharu yang menjadi landasan penting untuk memperluas penyampaian mesej dakwah secara lebih terancang dan berimpak melalui Gagasan Kalimah Tayyibah, iaitu satu program mercu yang digagaskan oleh YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im  bin Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ana Muslim yang diterajui oleh Blue-T Communications Sdn. Bhd. merupakan antara pengeluar variasi buku Islamik, majalah, pakaian, cenderamata dan multimedia. Jaringan kolaboratif ini bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak khususnya dalam menyebarluaskan penggunaan kalimah tayyibah dalam kehidupan masyarakat, sejajar dengan matlamat membina tamadun yang berteraskan akhlak dan tauhid.

ANA MUSLIM JAKIM Rintis Laluan Kerjasama Strategik 01

ANA MUSLIM JAKIM Rintis Laluan Kerjasama Strategik 02

ANA MUSLIM JAKIM Rintis Laluan Kerjasama Strategik 03


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370