Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 Dan Ruu Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024

"Lebih suara yang bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang"

5 Disember 2024 (Khamis) menjadi tarikh skrip yang ditunggu akhirnya didengari di salah satu dewan tertinggi di negara ini. Ia menjadi indikator bahawa RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Kejayaan penggubalan dan pembentangan kedua-dua RUU tersebut hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara.

Semoga kedua-dua RUU ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan institusi Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

1

2

3

4

5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357