Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Latihan Pengguna Sistem e-Jinayat Versi 3.1 Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang

18-19 Mei 2022 - Bengkel Latihan Pengguna Sistem E-Jinayat Versi 3.1 Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang bagi Modul Penguatkuasaan telah dilaksanakan pada 18 -19 Mei 2022 bertempat di Bilik Simulasi Aras 5 Blok A, Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM. Bengkel ini melibatkan Pegawai Penguatkuasa Agama Pulau Pinang.

Seramai 13 orang yang terdiri daripada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang telah mengikuti sesi latihan ini.

Objektif bengkel latihan ini dilaksanakan adalah bagi mendedahkan penggunaan sistem e-Jinayat kepada PPA JAIPP sebagai medium utama dalam penyediaan fail siasatan secara dalam talian.

Sepanjang bengkel latihan tersebut, semua PPA telah diberikan taklimat keseluruhan berkenaan Modul Penguatkuasaan oleh Encik Shah Juhan Samuri. Sesi simulasi sistem juga dijalankan kepada semua PPA dan setiap PPA diminta untuk mengakses sistem dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Majlis penutupan bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada delegasi JAIPP kepada BPPPS.

Bengkel Latihan Sistem e Jinayat Versi 3 JHEIPP 1

Bengkel Latihan Sistem e Jinayat Versi 3 JHEIPP 2

Bengkel Latihan Sistem e Jinayat Versi 3 JHEIPP 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369