Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pemurnian Dokumen Gagasan Kalimah Tayyibah Siri 1

23-24 April 2025 – Bahagian Maqasid Syariah JAKIM telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Dokumen Gagasan Kalimah Tayyibah Siri 1  selama 2 hari bermula 23 hingga 24 April 2025. Bengkel ini melibatkan penyertaan beberapa panel jemputan dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Universiti Malaya.

Kalimah Tayyibah merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai satu pendekatan bagi membudayakan penggunaan kalimah yang baik dalam interaksi dan komunikasi dalam semua lapisan masyarakat.

Justeru, bengkel ini diharapkan dapat menghasilkan satu panduan dan rujukan  yang jelas kepada semua agensi, termasuk pihak media, dalam usaha mempromosikan gagasan ini secara bersepadu dan tersusun.

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN GAGASAN KALIMAH TAYYIBAH SIRI 1 01

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN GAGASAN KALIMAH TAYYIBAH SIRI 1 02

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN GAGASAN KALIMAH TAYYIBAH SIRI 1 03
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381