Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pemurnian Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA SIri 2 Tahun 2019

BENGKEL PEMURNIAN MODUL LATIHAN GURU PENDIDIKAN KHAS KELAS AL-QURAN DAN FARDHU ‘AIN (KAFA) SIRI 2 TAHUN 2019
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KAFA pada 18 hingga 20 Jun 2019 bersamaan 14 hingga 16 Syawal 1440H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.
 
Pada tahun ini JAKIM telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program latihan untuk melahirkan Jurulatih Utama (JU) yang terdiri daripada Guru-guru KAFA untuk mengajar Murid Bekerperluan Khas (MBK) KAFA merangkumi masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran dan ia dijadikan sebagai salah satu Key Performance Indicator (KPI) JAKIM bagi tahun 2019.
 
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk menghasilkan modul latihan yang standard dan berkualiti untuk digunakan sebagai rujukan utama penceramah dalam mengurus program latihan kejurulatihan Guru-guru Pendidikan Khas KAFA yang akan bermula pada bulan Julai hingga Oktober 2019.
 
Seramai 9 orang panel pembangun modul yang diketuai oleh YBrs. Dr. Abdullah bin Yusoff, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan yang dilantik adalah merupakan ahli-ahli pakar dalam bidang Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam.
 
Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Pendidikan, JAKIM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Mat Rasid bin Ishak, Penolong Pengarah Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme, IPGM.
 
Bengkel Khas KAFA Siri 2 2019 1
 
Bengkel Khas KAFA Siri 2 2019 2
 
Bengkel Khas KAFA Siri 2 2019 3
 
Bengkel Khas KAFA Siri 2 2019 4
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354