Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Penggunaan Articial Intelligence (AI) Untuk Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Arab

13 Jun 2025 – Seramai 270 orang pelajar semester satu telah menyertai Bengkel Penggunaan Artificial Intelligence (AI) untuk Meningkatkan Kemahiran Berbahasa Arab anjuran Jabatan Bahasa dengan kerjasama Kelab Bahasa, Darul Quran.

Bengkel yang berlangsung di Auditorium Sheikh Muhammad Noor ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Dr. Muhammad Ikhwan bin Abdullah, Pensyarah Kanan Bahasa Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program sehari ini bertujuan memperkenalkan teknologi AI terkini sebagai alat bantu dalam mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam bertutur, membaca, menulis dan memahami teks dalam Bahasa Arab.

Menariknya, bengkel ini menggabungkan elemen teori dan amali, di mana para peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi kecerdasan buatan seperti ChatGPT, DeepSeek, Gemini, serta platform terjemahan dalam talian seperti al-Maany, Reverso, Google Translate dan Bing Translator. Para peserta turut menjalani latihan secara langsung yang membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara praktikal dalam pembelajaran harian.

Penganjuran bengkel ini merupakan satu inisiatif proaktif Darul Quran dalam menyahut cabaran Revolusi Industri 5.0 yang menekankan keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai-nilai kemanusiaan. Usaha ini juga selari dengan matlamat institusi dalam memperkukuh pendidikan bahasa di era digital, serta mempersiapkan pelajar menjadi individu celik teknologi, kreatif dan responsif terhadap perubahan global.

Pendekatan inovatif yang diketengahkan dalam bengkel ini turut berpotensi untuk dijadikan model pengajaran bagi bahasa-bahasa lain pada masa akan datang.

Bengkel ini melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh Ustazah Siti Ilham binti Muhammad, Penyelaras Bahasa Arab Jabatan Bahasa Darul Quran.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menyerlahkan potensi besar penggunaan AI dalam pendidikan bahasa, malah turut memperlihatkan komitmen tinggi para peserta dalam meneroka serta mengaplikasikan teknologi demi memperkasa penguasaan Bahasa Arab secara menyeluruh dan berkesan.

Bengkel AI Bahasa Arab 01

Bengkel AI Bahasa Arab 02

Bengkel AI Bahasa Arab 03

Bengkel AI Bahasa Arab 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354