Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pengurusan Pengoperasian Peperiksaan UPKK Tahun 2024 Dan Mesyuarat Pascanilai UPKK Tahun 2023

Johor Bahru, Johor – 23 Ogos 2024. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menganjurkan Bengkel Pengurusan Pengoperasian Peperiksaan UPKK Tahun 2024 Dan Mesyuarat Pascanilai UPKK Tahun 2023 bertempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.

Program ini   bertujuan untuk memberi maklumat tentang prosedur dan peraturan perkhidmatan, kewangan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa dalam menjalankan tugas-tugas utama. Di samping itu peserta dibimbing untuk memahami tentang pengurusan strategik, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid untuk perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang.

Hasil daripada taklimat ini para peserta telah memberikan maklum balas bagi menambah baik prosedur pengurusan pengoperasian UPKK 2024; memberi input-input yang perlu ditambah baik kepada pemilik sistem SIMPENI; dan membantu bahagian lain yang terlibat dalam pembinaan Garis Panduan UPKK.

Seramai 31 orang peserta menghadiri bengkel yang berlangsung selama 3 hari. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Abdul Salam bin Mat Kasim, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan KAFA, Bahagian Pendidikan JAKIM. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau dalam ucapannya ialah proses kemasukan data calon bagi pembekalan kertas peperiksaan hendaklah diteliti dengan cermat agar tidak berlaku pembaziran bagi proses percetakan kertas peperiksaan. Selain itu, fungsi, peranan dan tanggungjawab personel peperiksaan perlu diteliti dan diperkemas dari semasa ke semasa agar tiada pertindihan skop kerja dalam pengoperasian UPKK. Turut hadir dalam sesi perasmian bengkel tersebut ialah Al-Fadhil Tuan Haji Md Radhi bin Roslan, Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

WhatsApp Image 2024 08 27 at 12.34.37 PM MOHD AMINULLAH BIN SALIMAN ISLAM

WhatsApp Image 2024 08 27 at 12.34.37 PM 1 MOHD AMINULLAH BIN SALIMAN ISLAM 1

WhatsApp Image 2024 09 03 at 16.01.41
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364