Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Pentashihan Hadith Jami‘ At-Tirmizi Jilid 2 Siri 1

Projek Penterjemahan Kutub Sittah berkesinambungan dengan adanya Bengkel Pentashihan Hadith Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2 Siri 1 yang diadakan pada 17 – 19 Februari 2016. Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, bengkel ini menjadi tempat berkumpulnya para pentashih untuk mengemudi proses pentashihan hadith Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2 yang merangkumi hadith ke 501 sehingga 1000.
 
Pengalaman dalam bengkel pentashihan hadith bagi jilid 1 sebelum ini memberi impak kepada pelaksanaan bengkel bagi musim ini kerana terdapat banyak penambahbaikan terutamanya format pentashihan. Begitu juga pelaksanaannya berjalan dengan lancar dengan adanya bahan rujukan penting termasuk panduan ejaan dan transliterasi bagi memudahkan para pentashih dan peserta menjalani tugas mereka secara strategik.
 
Bengkel-bengkel seterusnya akan menyusul sepanjang tahun 2016 sehingga semua hadith bagi jilid 2 berjaya ditashih. Ini adalah langkah yang penting dalam usaha menerbitkan buku Jami‘ at-Tirmizi Jilid 2, sekali gus menjadi tanda progresif projek Penterjemahan Kutub Sittah antara JAKIM dengan Universiti Malaya.
 
Bengkel Pentashihan Hadith Jami Siri 1 1
Kenangan ahli bengkel bersama pentashih bagi Jami' At- Tirmizi Jilid 2 Siri 1.
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354