Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Penulisan 13 Siri Penjelasan Rahmah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA (2 JULAI 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Bengkel Penulisan 13 Siri Penjelasan Rahmah.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk :

  • Menjadi wahana sumbang saran idea dan konsep penulisan penerbitan buku konsep negara rahmah;

  • Membincangkan skop penulisan dan konsep penulisan bagi menterjemahkan gagasan Rahmatan Lil Rahmatan yang digagaskan oleh YB Menteri;

  • Menyelaras pembahagian tugas antara penulis dan urus setia ke arah penerbitan buku konsep negara rahmah dalam tempoh yang ditetapkan.

3 teras pentadbiran Islam kini iaitu Rahmatan lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia sedang giat digerakkan dalam pelbagai wahana sama ada seminar, dialog, town hall, program TV dan Radio. Pada masa yang sama, Jakim bersama Agensi-Agensi di bawah YB Menteri ingin meluaskan lagi penjelasan 3 teras ini melalui penerbitan buku.

Penerbitan buku ini diterbitkan bertujuan untuk menyebar maklumat yang mudah difahami dan menerapkan roh penghayatan konsep Rahmah dengan ringkas dan padat kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama, dari desa ke kota, dari belia kepada warga emas melalui penulisan. Penulis 13 siri penjelasan Rahmah ini terdiri daripada gabungan pasukan penulis yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sesi Taklimat Ringkas berkenaan Panduan Penulisan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Penerbitan, Jakim dan diteruskan dengan Taklimat Perbatuan Penyediaan 13 Siri Penjelasan Rahmah oleh Ustaz Mohd. Hariri Bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim. Sesi pembentangan Deraf Kandungan Penulisan oleh penulis yang dilantik telah diadakan pada sesi petang. Bengkel diakahiri dengan ucapan penutupan oleh YBhg. Dato’ Paimuzi bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jakim.

SESI TAKLIMAT

TAKLIMAT

 

TAKLIMAT 2

 

SESI PERBINCANGAN BERSAMA PENULIS DAN WAKIL

PERBINCANGAN 1

 

PERBINCANGAN 2

 

PERBINCANGAN 3

 

PERBINCANGAN 4

 

PERBINCANGAN 5

 

UCAPAN PENUTUPAN

TKP 1

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357