Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Prosedur Operasi Standard Pengurusan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Di Masjid/Usat Transit Seluruh Malaysia

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Bengkel Prosedur Operasi Standard Pengurusan Mangsa Keganasan Rumah Tangga Di Masjid/ Pusat Transit Seluruh Malaysia pada 24 Februari 2025 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, JAKIM. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai panduan dan rujukan dalam menjadikan masjid sebagai pusat transit kepada mangsa keganasan rumah tangga (KRT).

JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah di antara agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui penubuhan masjid sebagai pusat transit boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan tempat perlindungan sementara.

Bagi tujuan itu, peserta bengkel adalah dalam kalangan para pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan masjid dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia dan juga beberapa agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK mengharapkan agar bengkel ini dapat menghasilkan satu panduan yang komprehensif untuk dijadikan rujukan dalam pengurusan mangsa keganasan rumah tangga yang mendapatkan perlindungan sementara di masjid-masjid seluruh Malaysia.

os1

os2

os3

os4

os5

os6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354