Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK

BESUT – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar (BKHL) telah berjaya melaksanakan Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Siri 2/2023 pada 23 hingga 25 Julai 2023 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut, Terengganu.

Bengkel ini melibatkan sebahagian Jemaah Hakim MTHQK dan turut dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Abd Rauf bin Tan Sri Hassan, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM). Urus setia bengkel ini diketuai oleh Puan Hajah Fauziah binti Razap selaku Ketua Penolong Pengarah di BKHL. Pengarah BKHL, Tuan Zahrollail Zainal turut menghadiri bengkel dan menyampaikan ucapan penangguhan dan penghargaan kepada semua ahli panel pembimbing serta berharap semua pihak dapat terus kerjasama agar modul ini dapat dibangunkan dengan sebaiknya.

Modul yang dibangunkan ini akan memberi fokus kepada pembentukan hakim pelapis yang kompeten. Para hakim pelapis tilawah atau hafazan akan diperkasakan dengan kemahiran menilai tahap bacaan merangkumi aspek utama iaitu tajwid, taranum, suara dan fasohah. Semoga usaha yang murni ini akan dapat direlisasikan bagi mengangkat wibawa para jemaah hakim dan menjadikan penganjuran MTHQK sebagai program agama yang berprestij tinggi.

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 1

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 2

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 3

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 4

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 5

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 6

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 7

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 8

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 9

Bengkel Semakan Modul Kompetensi Hakim Pelapis MTHQK 10

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370