Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Bicara Integriti Secara Dalam Talian

Bangi, 30 Jun 2021, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam telah mengadakan Bicara Integriti Online. Seramai 85 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta orang awam telah mengikuti program ini. Antara objektif kursus ini ialah memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan peserta bagi meningkatkan komitmen tentang peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam di samping mengingatkan kepentingan menerapkan elemen integriti dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT sebagai bekalan ke akhirat.

Ceramah telah di sampaikan oleh Encik Zulkifli bin Tukiman, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Khairun Nizam bin Abd Samad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan dari Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, ILIM Kampus Utama Bangi Selangor. Maklum balas dan reaksi daripada peserta mendapati mereka amat berpuas hati dengan kursus ini dan mengakui bahawa ia bukan sahaja bermanfaat kepada organisasi, bahkan bermanfaat kepada diri dalam tugasan harian. Rata-rata peserta menyatakan bahawa kursus ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang.

Bicara Integriti Secara Dalam Talian 1

Bicara Integriti Secara Dalam Talian 2

Bicara Integriti Secara Dalam Talian 3

Bicara Integriti Secara Dalam Talian 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354