Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

BPH JAKIM Santuni Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

PUTRAJAYA, 28 Ogos 2019 - Mengetahui dengan lebih dekat proses pensijilan halal Malaysia menjadi antara objektof utama lawatan yang melibatkan hampir 80 orang penuntut termasuk guru pembimbing Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM hari ini.
 
Sesi perkongsian informasi halal termasuk peluang kerjaya masa hadapan, sejarah dan program-program utama Halal Malaysia serta penjelasan berkenaan isu-isu halal semasa telah disampaikan oleh En Mohd Nasir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian ini di ruang aktiviti aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. 
 
Lawatan yang berlangsung hampir 3 jam ini diakhiri dengan sesi soal jawab puteri-puteri dari sekolah berkenaan yang berminat untuk terus menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan berkenaan pensijilan halal Malaysia agar dapat diaplikasi dalam kurikulum pendidikan Islam tingkatan 4.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 1
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 2
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 3
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 4
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 5
 
Lawatan Ilmiah Penuntut Sekolah Menengah Sains Seri Puteri 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354