Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Breakfast Talk "Mudahnya Menjemput Rezeki"

Peribahasa Melayu ada menyebut ‘Ada gula, ada semutnya’. Itulah ungkapan dalam kehidupan harian yang sering kita dengar dalam usaha untuk mencari rezeki. Mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan ke atas setiap muslim kerana ia bakal membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Rezeki yang halal juga dapat menjadi perisai yang ampuh dalam menolak amalan-amalan yang negatif dalam sesebuah masyarakat seperti rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pecah amanah.
 
Justeru, dalam usaha mengukuhkan pembudayaan integriti di kalangan penjawat awam khususnya, Unit Integriti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program “Breakfast Talk” : Mudahnya Menjemput Rezeki pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Makan Ibn Khaldun, Masjid Putra, Putrajaya. Program ini disertai oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim, JAWI dan JAWHAR.
 
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyuntik kefahaman dan kesedaran peserta mengenai amalan budaya kerja unggul dan berintegriti selain membendung perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan serta perlanggaran integriti yang lain.
 

Program secara santai ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pengacara majlis dan diikuti dengan slot forum yang dikendalikan oleh Ustaz Ridzuan bin Awang, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, Bahagian Dakwah selaku moderator. Dua orang panel telah dijemput iaitu :

1. Ustaz Zaidi bin Ramli,
    Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah, Jakim,
 
2. Encik Asrul Shah bin Razali,
    Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti, Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Secara keseluruhan, program ini berlangsung dengan jayanya dan diharapkan ia dapat memberi impak dan manfaat kepada seluruh penjawat awam agarmengamalkan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
 
Breakfast Talk 1
 
Breakfast Talk 2
 
Breakfast Talk 3
 
Breakfast Talk 4
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354